TAJUK : SEJAUH MANAKAH ISU VIRAL MEMBERI KESAN TERHADAP UMAT ISLAM.
😁DGU2D KUMPULAN 3😁
🌸NAMA AHLI KUMPULAN🌸
1.WAN SYAMIMI BT WAN HASBULALFI(02DGU21F1016)
2.NUR NAJWA BT MOHAMAD FAUZI(02DGU21F1137)
3.NURUL AINA BT FENDY(02DGU21F1045)
4.NUR DAYANA ASILA BT MOHD SOFIAN(02DGU21F1065)
5.NUR NADIRA BT KAMARALLADIN(02DGU21F1069)
6.NUR IZZAH BT ABDULLAH(02DGU21F1117)
PENDAHULUAN
🌸 Seiring kepesatan teknologi dan gaya hidup yang maju ,minda dan perilaku masyarakat juga berubah. Masyarakat hari ini lebih banyak meluangkan masa di laman social,ditambah pula kecanggihan peranti dan gajet menjadiakan mesej mampu disampaikan secara pantas.
DIFINISI
🌸Sejak wujudnya media sosial, viral atau tular itu telah menjadi salah satu perkataan dalam kosa kata kita. Apakah itu tular atau viral dalam Bahasa digital kita? Secara definisi viral berasal dari perkataan “virus” yang menggambarkan ejen berjangkit kecil menjangkiti semua jenis organisma. Di internet, satu posting boleh tersebar seperti virus jika orang menjadi “dijangkiti” apabila melihatnya. Jadinya perkataan paling dekat dengan viral adalah “wabak”. Sesuatu wabak ini biasanya datang dari emosi yang menimbulkan perasaan yang merangsang penonton untuk terus berkongsi, meneruskan proses viral.
Satu perkataan yang
besar dan semakin mendapat tempat dalam kehidupan tamadun komunikasi moden masa
kini berasal dari perkataan VIRUS- sudah tentu minda manusia akan terfikir akan
bahaya yang boleh merebak kepada manusia lain secara pantas.Viral dari aspek
komunikasi: satu kuasa aliran komunikasi elektronik yang disebarkan secara
pantas dan meluas secara interpersonal.
Budaya viral bukan satu isu baharu kerana hal ini sentiasa hangat pada
zaman serba canggih ini . Ledakan teknologi menjadikan mesej atau bahan yang
viral tersebar luas umpama ada butang
yang berfungsi secara automataik . Bentuk penyebaran yang tidak dapat dibendung
itu menjadikan bahan yang disebarkan.
Perkataan akhlak berasal daripada perkataan (al-akhlaaku) iaitu kata
jama daripada perkataan (alkhuluqu) bererti tabiat, perlakuan, perangai,
tingkahlaku, maruah, adat kebiasaan malah ia juga beerti agama itu sendiri.
Antara definisi akhlak menurut istilah ialah sifat yang tertanam di dalam diri
yang dapat mengeluarkan sesuatu perbuatan dengan senang dan mudah tanpa
pemikiran, penilitian dan paksaan. Ibn Miskawaih, ahli falsafah Islam yang
terkenal mentakrifkan akhlak itu sebagai keadaan jiwa yang mendorong kearah
melahirkan perbuatan tanpa pemikiran dan penilitian.
ISU VIRAL AKHLAK
🌸Kata Nabi Muhammad SAW:
“Tidak
ada satu benda yang lebih berat di dalam
timbangan seorang mukmin pada hari kiamat daripada akhlak yang baik.Tidak
mencerca orang, tidak menyakitkan hati orang, tidak mengambil hak orang, tidak
membalas keburukan dengan keburukan.”
Umumnya,
isu viral bukanlah satu fenomena yang asing bagi kita, malah isu viral menjadi
permainan dan satu perkara yang seolah-olah wajib dilakukan oleh setiap orang.
Sebagai contohnya, baru-baru ini tular isu mengenai seorang perempuan (kaklong)
yang mengamuk di outlet 7Eleven (7E) sehingga menerima kecaman orang ramai
akibat tindakannya yang agak biadap kerana anaknya dituduh mencuri. Dari video
secara langsung yang dibuat oleh kaklong, dia telah mengeluarkan kata-kata
kesat kepada pekerja 7E serta Tindakan anaknya yang bertingkah laku sangat
biadap dan tidak sopan dengan melempar barang kepada pekerja outlet tersebut
sehingga masyarakat memandang serong terhadap keluarga tersebut. Impak kepada
umat islam pula, tingkah laku kaklong tersebut sebagai seorang islam
menunjukkan islam adalah agama yang ganas.
Pada tahun 2021, apa yang menjadi kejutan adalah pengakuan seorang pelajar sekolah menengah bahawa seorang guru membuat jenaka berkaitan isu rogol dalam kelas.Ia mengundang reaksi negatif dan kemarahan pelbagai pihak, khususnya ibu bapa pelajar. Apa yang dilihat hari ini sangat menyedihkan, apabila ramai guru tidak menyedari isu sensitif ini sebenarnya mampu memberi pengaruh buruk kepada pelajar suatu hari kelak.
"Sebab
mereka tidak faham perkara itu adalah salah. Di situlah salah sistem pendidikan
kita yang tak mengajar perbuatan salah. Hanya fokus kepada bidang akademik dan
tidak kepada moral, adab dan akhlak pelajar kita," kata seorang pelajar
yang menjadi mangsa isu gurauan rogol.
Mangsa jenaka rogol juga menyatakan guru berkenaan memberitahu
pelajarnya untuk merogol wanita yang berumur di atas 18 tahun sahaja kerana
undang-undang berkaitan jenayah ini kurang berbanding merogol remaja berusia 18
tahun ke bawah.
Ramai pelajar lelaki khususnya tertarik dengan jenaka sensitif
ini, namun tidak pelajar perempuan. Kebanyakannya malu, tetapi takut untuk
menyuarakan masalah dialami.
Jika perkara ini tidak dibendung, ia akan menjadi ikutan pelajar
pada masa akan datang di mana kehormatan wanita tidak lagi dipandang tinggi.
Lebih parah, jika ada antara pelajar lelaki mengaplikasi gurauan buruk itu
dalam kehidupan seharian.
Sepatutnya, sebagai seorang pengajar mereka perlu menunjukkan
akhlak dan contoh yang baik. Ini disebabkan saban hari, guru umpama ibu bapa
kedua pelajar ketika di sekolah. Tidak hairanlah jika seorang guru rapat dengan
anak muridnya. Apabila timbul isu seperti ini, islam akan dipandang serong oleh
masyarakat lain akibat daripada akhlak yang ditunjukkan. Pelajar islam dibawah
bimbingan guru tersebut juga akan menerima impak negatif seperti mereka
berpotensi untuk tidak menghormati wanita dimana islam sangat menghormati
wanita dan meninggikan darjat mereka. Mereka juga berkemungkinan akan lebih
berani untuk melakukan perkara terkutuk sekaligus boleh mencemarkan nama islam.
Umat Islam khususnya para
pendidik di luar sana perlu mencontohi dan mengagumi akhlak Rasulullah untuk
menjadikan lapangan pendidikan dan profesion keguruan lebih mantapdan
berketrampilan. Dalam dunia pendidikan ini, sememangnya akan berhadapan dengan
pelbagai cabaran. Menurut Ahmad Mohd Salleh (2011) “perubahan sentiasa berlaku dalam sistem pendidikan negara selaras
dengan perubahan-perubahan yang berlaku dalam hidup masyarakat”. Justeru, muncul
cabaran yang perlu ditangani secara berkesan terutama cabaran yang berkaitan dengan
kerohanian dan akhlak. Tugas yang dipikul untuk mendidik anak bangsa ini
bukanlah satu tugas yang mudah terutamanya.
Selain itu, isu viral bukan sahaja mencetuskan isu-isu negatif. Terdapat banyak lagi isu viral positif cuma di akhir zaman ini, masyarakat lebih tertarik dengan isu-isu negatif. Seperti yang kita tahu, pada tahun 2021 terdapat beberapa buah negeri yang dilanda musibah seperti banjir dan rebut yang menyebabkan sekolompok masyarakat besar kehilangan tempat berteduh dan kehilangan ahli keluarga. Jadi, seorang ustaz muda (Ustaz Ebit Lew) bersama pasukannya sanggup turun padang bagi menghulurkan bantuan seperti di negeri Terengganu dan Kelantan yang dilanda banjir teruk. Hal ini menyebabkan masyarakat islam termasuklah masyarakat bukan islam memandang tinggi pada agama islam kerana akhlak yang ditonjolkan oleh ustaz Ebit Lew melalui laman sosial.
Isu viral lain yang positif ialah pada
tahun 2020, tular seorang Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia , Tan Sri
Tony Fernandes mencetuskan kekaguman di Instagram apabila beliau berkongsi
gambarnya ketika sedang membaca sebuah buku mengenai tokoh utama Islam, Nabi
Muhammad. Tony memaklumkan dirinya menghabiskan masa dengan membaca sebuah buku
keagamaan sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Posting tersebut
turut mendapat perhatian pendakwah Pencetus Ummah (PU) Amin yang kemudian
menjelaskan bahawa buku yang sedang dibaca Tony itu merupakan sebuah naskah
terjemahan hadis yang menceritakan tentang akhlak Rasulullah. “Tony Fernandes
sedang membaca dan memahami terjemahan buku ‘Syamail Muhammadah’. Buku hadis
yang lengkap menceritakan tentang akhlak,kehidupan dan cantiknya penciptaan
baginda Rasulullah SAW. Daripada isu viral ini, umat islam akan lebih menyedari
bahawa islam itu indah sehingga bangsa yang beragama lain turut membaca buku
tentang nabi Muhammad SAW. Akhlak yang ditunjukkan oleh Tony Fernandes ini
wajar dicontohi oleh semua orang iaitu walaupun kita hidup dalam pelbagai
bangsa dan agama, tidak semestinya kita tidak perlu mengetahui agama lain dan
tidak menghormati bangsa yang beragama selain islam.
HADIS & DALIL AL-QURAN
🌸Sebelum Rasulullah SAW memerintahkan kepada umatnya untuk berakhlak mulia, beliau telah mencontohkannya terlebih dahulu sabagai uswatun hasan atau contoh yang terbaik. Sebagai contoh, Nabi Muhammad SAW yang menunjukkan betapa tinggi akhlak baginda: Setiap kali Muhammad disakitkan hatinya, maka setiap kali itulah dia akan bertambah baik kepada musuhnya. Semakin orang membuat jahat kepada baginda, semakin baginda bartambah baik kepada orang tersebut.
Islam menempatkan bahawa pemeluk agama islam sebagai saudara Sesama Muslim terikat persaudaraan dari beberapa sisi. Mereka terikat setidaknya oleh persaudaraan secara kemanusiaan dan persaudaraan atas dasar kesamaan ajaran agama yang dianut. Oleh karena itu, Islam memerintahkan kita untuk saling membantu di tengah kesulitan, saling menolong dalam kebaikan. Semangat persaudaraan ini dipesan oleh Allah SWT dalam ayat sebagai berikut, "Sungguh, orang-orang mukmin itu bersaudara.
Oleh karena itu, damaikanlah konflik di tengah saudara kalian. Hendaklah
kalian bertakwa agar kalian mendapatkan rahmat," (Surat Al-Hujurat ayat
10). Islam begitu banyak berbicara
akhlak yang baik terhadap sesama Muslim. Nabi Muhammad SAW mengilustrasikan
komunitas Muslim sebagai sebuah bangunan utuh yang masing-masing organnya
mengambil tempat dan fungsinya. Nabi Muhammad SAW bersabda, "Seorang
mukmin dengan orang mukmin lainnya berhubungan seperti sebuah bangunan yang
satu sama lain saling menguatkan." (HR Bukhari, Muslim, At-Tirmidzi, dan
Abu Dawud).
Rasulullah SAW pada hadits riwayat Imam Muslim menyatakan secara umum kriteria Muslim teladan. Rasulullah SAW bersabda, "Muslim yang baik adalah Muslim yang menjaga ucapan dan perilakunya sehingga Muslim lainnya terjaga dari ucapan dan perilakunya yang menyakitkan." Islam pada saat yang bersamaan juga mengingatkan masyarakat untuk menjauhi hal-hal yang dapat menyakiti perasaan sesama Muslim, menimbulkan perselisihan, dan juga secara umum dapat menyebabkan pertikaian dan bahkan perang saudara.
Islam mengajarkan umatnya untuk memperlakukan dengan baik sesama Muslim.
Islam menganjurkan mereka untuk saling mengenali dan memahami perbedaan
kebiasaan, cara berpikir, berbeda dari masing-masing individu atau kelompok
yang terbentuk oleh latar belakang geografis, wawasan, pengalaman, pendidikan,
struktur komunitas atau masyarakat yang berbeda. Islam mengajarkan kesetaraan.
Islam mengakui penciptaan manusia yang beragama. Islam tidak membedakan manusia
berdasarkan jenis kelamin, suku, etnis, bangsa dan juga golongan di ruang
publik. Islam justru mendorong umat manusia untuk saling mengenal dan memahami
keragaman masing-masing. Sedangkan Allah memberikan penilaian dan derajat yang
tinggi berdasarkan ketakwaan masing-masing orang (Surat Al-Hujurat ayat 13).
Pentingnya akhlak sebagi pedoman hidup umat Muslim selaras dengan misi
agama Islam. Menurut buku Akidah dan Akhlak untuk Kelas IX MA karangan Taofik
Yusmansyah (2016: 56), misi agama Islam adalah menyempurnakan akhlak umat
manusia. Hal ini tergambar dalam sabda Rasulullah SAW:
إِنَّمَا بُعِثْتُ
لأُتَمِّمَ مَكَارِمَ الأَخْلاقِ
Artinya: "Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan kemuliaan
akhlak" (H.R. Baihaqi).
KESAN TERHADAP UMAT ISLAM
🌸KESAN BURUK
💓 MENGAIBKAN SESEORANG
Isu viral ini dapat mengaibkan seseorang tidak kira seseorang itu dikenali mahupun tidak . Allah SWT telah menentukan sifat kejadian seseorang seperti kecacatan pancaindera atau kesalahan yang dilakukan pada masa lampau . Hal ini demikian kita tidaklah sewenang-wenang nya berbicara atau menyebarkan dengan niat jahat kerana pandangan mejoriti ulama berpendapat bahawa perbuatan itu merupakan satu kesalahan dan berdosa besar . Oleh itu , seseorang itu akan mendapat malu dan menjauh diri dari masyarakat . Firman Allah SWT , “Sesungguhnya orang-orang yang suka menghebahkan (menyiar)tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang beriman , mereka akan peroleh azab siksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan diakhirat”. (Surah an NUR : 19 ) . Allah akan mengecam orang yang menyiarkan berita buruk agar diketahui oleh orang mukmin lain bahkan bagi mereka azab pedih di akhirat kelak .
💓 PENYEBARAN FITNAH
Isu viral pada zaman modenisasi ini telah disalahgunakan untuk penyebaran fitnah-fitnah yang besar seperti menyebar perkara yang tidak mempunyai bukti yang kukuh atau sahih , dan tidak lagi untuk kepentingan sendiri . Gejala yang sering dikaitkan dengan isu viral ialah bergosip bak kata orang muda zaman sekarang ‘makcik bawang’ oleh satu pihak bagi tujuan memburukkan , memalukan dan menjatuhkan pihak yang lain . Fitnah juga dapat disebarkan hanya melalui gambar semata mata sahaja . Hal ini demikian menyebabkan mencabar etika dan tatasusila hidup masyarakat terutama nya yang beragama islam . Menurut ajaran islam , penyebaran fitnah adalah satu jenayah yang sangat besar kerana fitnah memberi kesan yang negatif dan mendalam terhadap seseorang yang telah difitnah seperti jatuhnya maruah dan kedudukan seseorang itu jatuh malah malu untuk bergaul dengan masyarakat . Selain itu , fitnah juga dapat membuatakn seseorang itu sanggup membunuh diri sendiri . Dalam surah al-Baqarah ayat 191 Allah SWT menyebut bahawa FITNAH LEBIH KEJAM DARPADA MEMBUNUH .
💓 ISU HALAL YANG DIRAGUI
Kebelakangan ini , banyak isu halal yang tular di media sosial . Hal ini meneyebabkan umat islam meragui dengan perkara tersebut . Perkara ini selalunya disampaikan dalam bentuk gambar atau teks mengenai isu halal dan haram di media sosial seperti WhatsApp , Instagram dan juga Facebook . Kadangkala perkara ini dapat memberi pelbagai reaksi umat islam samaada curiga , syak wasangka dan membimbangkan . Sebagai contoh , isu makanan segera iaitu gegelang sotong yang dikatakan diperbuat dari khinzir . Hal ini menyebabkan isu ini viral satu ketika dahulu . Apabila disemak dalam laman sesawang dan sedia sosial lainnya , sesetengah maklumat yang tular bukanlah dalam negara ini tetapi telah disebarkan lebih sepuluh kali di sosial media contohnya pemalsuan logo halal Malaysia mahupun logo halal luar negara yang telah diiktirafkan . Hal ini menyebabkan umat islam semakin khuwatir dalam membeli barang atau menggunakan sesuatu produk yang dikatakan halal .
💓 PERUBAHAN GAYA HIDUP DAN PENCEMARAN BAHASA UMAT ISLAM
Pengaruh media baru yang menular dalam kehidupan moden hari ini telah mengubah
paradigma sosiobudaya dan Bahasa cara berkomunikasi . Revolusi ini telah lama
berlaku sebelum merdeka lagi . Penjajah zaman dahulu yang memulakan perubahan
gaya hidup yang lebih mengikut buadaya barat . Penjajahan budaya hidup barat
dalam aspek pakaian , makanan , minuman ,tingkah laku dan hiburan telah menukar
jati diri seseorang . Pada zaman kini , yang menarik dalam isu viral ini yang
berlaku tanpa sedar ialah kerosakkan bahasa yang disingkatkan , contohnya
perkataan ‘ASSALAMUALAIKUM’ sudah diringkas dengan pelbagai cara ‘ASSLAM’ ,
‘ASKUM’ dan ‘AKUM’ . Ejaan seperti ini jelas sekali membawa makna yang salah
dan akan merosakkan istilah akan perkataan tersebut . Selain itu , dalam
pemakaian , makanan dan minuman kini umat islam lebih tertarik dengan cara
budaya barat yang sering viral di sosial media . Pemakain yang paling penting
dalam agama islam adalah menutup aurat , tetapi tidak untuk zaman yang moden
ini . kebanyakkannya lebih mementingkan fashion yang semakin hari semakin pelik
.
🌸KESAN BAIK
💓 KESAHIHAN MAKLUMAT
Maklumat yang tepat adalah penting dengan kesahihannya bagi menjamin tidak berlakunya penyelewengan dan kepalsuan fakta . Hal ini demikian kerana , sudah terlalu banyak maklumat-maklumat palsu yang tular sehingga ada yang mempercayainya . Kesahihan maklumat juga penting untuk membuat rujukan terutamanya umat islam yang ingin mengetahui pelbagai ilmu feqah dan tauhid . Sebagai contoh , berkaitan dengan hadis sahih atau palsu dan halal atau haram sesuatu perkara . Oleh itu , seseorang itu terutamanya uamt islam perlulah cakna terhadap penularan maklumat dari sumber yang benar seperti al-Quran bagi menegaskan kesahihan maklumat tersebut dan mengelakkan kekeliruan kepada masyarakat .
💓 MAKLUMAT PENTING DAPAT DIHEBAHKAN
Dengan memviralkan maklumat penting di media sosial masyarakat dapat mengetahui tentang kejadian alam yang berlaku pada zaman ini . hal ini demikian kerana dapat membuka mata masyarakat untuk memberi bantuan dan mengambil Langkah berjaga jaga . Contohnya isu viral tentang wabak merbahaya yang berlaku di China pada 2 tahun yang lepas iaitu ‘CORONA VIRUS’ . Pelbagai reaksi masyarakat terhadap isu tersebut sehingga mengaitkan dengan dekat dengan kiamat . Hal ini dapat menyedarkan umat islam sekali gus untuk membuat banyak kebaikan . Selain itu , kejadian kebakaran di Hutan Afrika , ia menyebabkan seluruh negara termasuk negara-negara islam turut bersimpati setelah apa yang berlaku . Malahan , ada memberi bantuan terhadap mangsa-mangsa yang terbakar serta melindungi haiwan seperti kangaru daripada pupus .
💓 DAKWAH ISLAM DAPAT DIPERLUASKAN
Pada zaman moden ini , penyebaran dakwah hanyalah dihujung jari . Kebanyakan umat islam sudah kurang untuk mendengar ceramah di masjid tetapi hanya melayari internet sahaja contohnya YouTube , Facebook dan Telegram . Hal ini masyarakat islam dapat mencegah dan menjauhkan perkara yang dilarang oleh islam . Isu yang kurang menyenangkan di mata masyarakat akan menjadi tajuk dalam dakwah seseorang ilmuan islam untuk memperjelaskan dan memberi teguran dan nasihat kepada semua orang . Contohnya , isu yang hangat yang sering diperkatakan pada era 2022 ini , seorang ahli perniagaan telah berpakaian seperti perempuan seperti bertelekung dan mengerjakan ibadah umrah di mekah sedangkan ia sebenarnya berawal dengan fitrah lelaki . Isu ini tular dan membuatkan umat islam di negara ini marah dan mengecam . Para ilmuan telah banyak menegur dengan perlakuannya dan meneranagkan hal tersebut dan menasihati apa yang bercanggah dengan islam .
💓 MENYEDARKAN UMAT ISLAM TENTANG SESUATU PERKARA
Isu viral yang sudah tersebar luas ialah kejadian kebakaran di Hutan Afrika yang terbakar akiat cuaca yang terlaku panas dan menybabkan banya haiwan liar mati.Akibat daripada kejadian ini umat islam mula menyadari bahawa Allah adalah maha pencipta dan pengatur sesuatu perkara kerana setiap apa yang terjadi pasti ada hikmahnya sama ada kita mengetahuinya ataupun tidak.Setiap ujian yang Allah berikan kepada umatnya adalah untuk menilai sejauh manakah pergantungan umat islam kepada-Nya selain iru mengajarkan untuk bersedia menempuh ujian akhir zaman.Akhir-akhir ini kita juga sering dapat melihat bukti kekuasaan-Nya dengan tersebarnya virus novel corona yang sukar untuk mencari penawarnya.
Viral mempunyai kebaikan dan keburukan yang tersendiri bergantung kepada isu dan berita yang disebarkan di media sosial kepada seseorang dan masyarakat di Negara kita. Sekiranya perkara ini dipandang remeh oleh masyarakat maka tidak mustahil akan jadinya penyakit budaya viral dan sebagainya sehingga boleh menimbulkan huru-hara di Negara ini.Viral ini berlaku akibat daripada beberapa faktor antaranya ialah individu yang pentingkan diri sendiri,sikap individu yang suka menjatuhkan orang lain, tiada pemantauan pengguna internet dan sebagainya.Oleh itu terdapat juga cara untuk mengatasi isu viral ini antaranya ialah pihakberkuasa perlu bertidak terhadap idividu atau pihak yang menyebarkan berita palsu dan fitnah supaya dapat memberikan mereka pengajaran yang setimpal atas perbuatan mereka.Selain itu,ibu bapa juga perlu memantau kegiatan anak-anak di media sosial supaya tidak terjebak ke kancah viral dan fitnah.Ibu bapa
perlulah lebih peka dan prihatin terhadap aktiviti anak-anak mereka di
ruang media sosial pada setiap hari.Hal ini kerana pada zaman maklumat di
hujung jari ini maklumat begitu pantas tersebar dan anak-anak bawah umur belum
bijak untuk menapis setiap berita yang mereka dapat.Jadi ibu bapa perlu
bertanggungjawab untuk mendidik anak-anak mereka supaya dapat membezakan di
antara berita yang betul dan palsu.Oleh itu,setiap individu atau sesuatu pihak
mestilah bertanggungjawab terhadap berita yang ingin mereka sebarkan kepada
orang ramai.Hal ini kerana setiap berita atau maklumat yang mereka sampaikan
mudah tersebar di zaman teknologi serba canggih ini.Pemikiran yang rasional dan
waras serta tindakan yang bijak oleh seseorang individu yang menggunakan media
sosial amat diperlukan dalam hal sebegini.
KEBAIKAN & KEBURUKAN ISU VIRAL
🌸KEBAIKAN
〰Budaya viral bukan satu isu baharu kerana ia sentiasa hangat diperkatakan. Ledakan teknologi menjadikan mesej atau bahan yang diviralkan tersebar luas umpama ada butang yang berfungsi secara automatik.Bentuk penyebaran yang tidak dapat dibendung itu menjadikan bahan yang disebarkan kadangkala tidak sahih. Jika sekadar lawak jenaka yang diperkatakan, mungkin ia boleh dianggap hiburan ringan di kala menghilangkan tekanan, tetapi jika membabitkan unsur-unsur penghinaan, fitnah dan cacian, ia langsung memberi impak negatif kepada imej individu dan negara.
Boleh dikatakan semua perkara berpotensi untuk dijadikan viral, cerita manusia bermula dengan seorang bayi hinggalah kepada pemimpin negara, tokoh-tokoh politik, usahawan hinggalah kepada binatang, perangai manusia, dan pelbagai elemen boleh mencetuskan viral.
Pendek kata, viral tidak mengenal sesiapa, jika ada yang mencipta, dan ada pula tukang sebar, ia menular bagaikan virus menyerang.Begitu juga dalam kehidupan mahasiswa, suatu ketika isu pelajar kelaparan hangat dibangkitkan dan tersebar juga pengakuan daripada beberapa penuntut yang mengaku keadaan itu telah menjejaskan kesihatan mereka.
Ekoran viral tersebut, ramai pihak tampil membantu, dalam masa yang
sama, program-program kebajikan pula menyusul. Jika melihat dari sudut
positifnya, kesan viral begitu baik sekali. Mampu meresahkan pihak pentadbiran
sehingga membuka segala bantuan dan daripada situ, pelajar yang tidak pernah tahu
akan wujudnya bantuan, mulai sedar, rupa-rupanya nasib tidaklah begitu malang.
Banyak lagi contoh viral yang membabitkan mahasiswa antaranya aksi
spontan graduan UiTM yang berselfie ketika istiadat konvokesyen. Ada yang
mengecam, tidak kurang juga menyokong tindakan tersebut, kerana kelakuan itu
bukan suatu yang biasa.melihat kepada fenomena ini, Isu Kampus cuba dapatkan
beberapa respons daripada mahasiswa dalam menyatakan pendirian dan sejauh mana
mereka faham mengenai viral.
Apabila menyentuh mengenai viral, sudah pasti pemikiran kita lebih
kepada perkara negatif sehingga lupa budaya viral juga ada baiknya. Antara
kebaikan budaya viral adalah untuk tujuan pemasaran bagi perniagaan sesuatu
produk. Pada zaman teknologi serba canggih kini, penggunaan khidmat jurujual
semakin berkurang.Pengusaha atau peniaga lebih memilih laman sosial sebagai
medium untuk melariskan dan mempromosikan produk. Ada peniaga memuat naik
gambar dan video produk untuk meyakinkan pengguna kualiti barangan mereka.
Selain menjimatkan kos, kaedah ini juga menjimatkan tenaga dan masa.
Contohnya, di laman Instagram, kita dapat lihat ramai peniaga mengiklankan
barangan seperti baju, topi, produk kecantikan dan sebagainya.Hal ini juga
dapat memudahkan peniaga atas talian untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka
pada masa akan datang.Selain itu,dengan cara mengviralkan sesuatu barang yang
dijual,masa yang ada juga tidak terhad kerana tidak perlu berada dalam
kesesakan lalu lintas dan melayan karenah pelanggan yang bermacam.
Begitu juga mencari peluang pekerjaan, masyarakat kini kurang menggunakan khidmat media cetak seperti akhbar untuk mengiklankan peluang pekerjaan. Justeru, hanya yang membeli dan membaca akhbar, akan tahu mengenai peluang pekerjaan itu.Berbanding melalui viral di media sosial, iklan berkenaan dapat diakses semua pengguna akaun media sosial dalam dan luar negara. Penyebaran maklumat yang pantas, memudahkan masyarakat mengetahui peluang pekerjaan, sekali gus dapat mengurangkan masalah pengangguran disebabkan faktor kurang terdedah hebahan peluang pekerjaan.
Selain itu,kebaikan isu viral ialah dapat memudahkan rakyat untuk
memohon bantuan kewangan yang diberikan oleh kerajaan seperti SKIM
MYSALAM,PROGRAM REBAT ELEKTRIK RM40,PAS TANPA HAD MYRAPID MY100/MY50,BANTUAN AWAL
PERSEKOLAHAN,SKIM I-SURI,SKIM PEDULI KESIHATAN UNTUK KUMPULAN B40,PROGRAM
I-SINAR.Hal ini dapat meringankan beban masyarakat yang kurang berkemampuan
untuk menampung keperluan harian mereka seiring dengan kos sara hidup yang
semakin tinggi pada abad ini.Hal ini juga kerana sesetengah masyarakat tidak
mempunyai kenderaan sendiri untuk keluar bandar untuk membeli surat khabar bagi
mengikuti perkembangan semasa.Dengan adanya kemudahan seperti telefon
pintar,komputer riba,berita-berita seperti ini dapat tersebar dengan luas dalam
masa yang singkat.Jadi,dengan adanya isu viral ini,sekaligus dapat meringankan
beban masyarakat di Malaysia.
Akhir sekali,kebaikannya ialah berita mengenai bantuan dapat disebarkan dengan cepat dan pantas. Contohnya, dalam melibatkan kes penculikan, ia dapat membantu pihak polis untuk mencari maklumat tentang penculikan tersebut dengan cepat. Selain itu, ia juga memberi kesedaran kepada masyarakat terutama ibu bapa. Contohnya kes penderaan yang melibatkan kanak-kanak di tempat asuhan memberi kesedaran kepada orang ramai khususnya ibu bapa supaya lebih peka dengan keadaan anak-anak mereka ketika berada di bawah jagaan pengasuh. Disamping itu juga, isu viral dapat membantu menangani kes jenayah yang kian berleluasa. Contohnya, video jenayah yang disebarkan dapat dijadikan bahan bukti untuk siasatan pihak berkuasa.
🌸KEBURUKAN
〰Namun, ada segelintir yang menyalahgunakan peranan viral sehingga menimbulkan banyak keburukan. Antaranya ialah penyebaran maklumat palsu. Selari dengan istilah ‘maklumat tanpa sempadan’, begitu juga dengan kuasa viral.Pelbagai maklumat yang belum pasti kesahihannya, disebarkan secara meluas. Ini berlaku disebabkan sesetengah individu yang gemar menyebarkan berita berdasarkan maklumat baru diperoleh tanpa memastikan terlebih dahulu kebenaran perkara berkenaan.
Walaupun sudah digubal akta untuk menghukum individu yang menyebarkan
maklumat palsu ia tidak diendahkan. Tambahan pula, pembaca kebanyakan percaya
sepenuhnya dengan maklumat disampaikan. Lebih teruk lagi apabila ramai yang
berkongsi maklumat palsu berkenaan.
Budaya viral juga boleh membawa musibah, menjatuhkan imej individu,
persatuan dan juga negara. Sering kali kita menyaksikan video tular di media
sosial dan tidak elok untuk tontonan umum.Ada juga individu tidak rasional yang
mengutuk sehingga mencemarkan maruah negara. Disebabkan rasa tidak puas hati
dan penting diri, mereka memburuk-burukkan kerajaan serta negara. Tindakan
kurang bijak itu bukan sahaja memalukan pemerintah dan negara, malah kepada
rakyat.
Selain itu, menjejaskan
perpaduan rakyat. Paling
dibimbangi,isu viral yang negatif dapat menjejaskan perpaduan rakyat. Malaysia
terkenal dengan rakyat pelbagai kaum. Walaupun hidup berbeza budaya dan agama,
sikap tolak ansur serta saling menghormati menjadi tunjang perpaduan. Namun,
masih wujud individu menjadi ‘batu api’ memecahbelahkan keharmonian itu.Betapa
sukarnya masyarakat membina perpaduan yang teguh tetapi dengan mudah seseorang
menghancurkan usaha itu.Hal ini juga akan perpaduan di Malaysia berpecah belah sekaligus akan menyebabkan
negara tidak harmoni.Kita mestilah sentiasa Bersatu padu dalam membanteras
isu-isu negatif yang semakin berleluasa pada zaman sekarang untuk menjamin masa
depan negara.
Seterusnya ialah isu viral juga dapat memberi impak negatif kepada
kanak-kanak bawah umur serta remaja.Hal ini terjadi kerana kanak-kanak pada
zaman sekarang telah didedahkan dengan pelbagai kemudahan seperti telefon
pintar yang mengandungu aplikasi-aplikasi seperti instagram,tiktok, yang mengandungi
isu-isu yang hangat diperkatakan pada masa kini yang membawa kesan negatif dari
segi pakaian,tingkah laku dan sebagainya.Hal ini akan menyebabkan seseorang itu
mudah terjebak dalam perkara yang negatif seperti vandalism.Justeru akidah
seseorang itu juga akan rosak akibat daripada terpengaruh dengan video-video
yang viral di media social.Jadi,ibu bapa haruslah memainkan peranan yang
penting dalam memantau setiap aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak mereka
untuk mengelakkan mereka terpengaruh dengan perkara yang tidak berfaedah.
Justeru itu,ia juga akan menyebabkan fitnah semakin berleluasa.Hal ini
kerana,perkara-perkara yang viral di media sosial tidak semuanya adalah benar
kerana perkara seperti berikut perlulah
diperoleh daripada sumber yang boleh dipercayai untuk mengelakkan fitnah dalam
kalangan masyarakat.Pepatah juga ada mengatakan kerana mulut badan binasa,jadi
apabila viralnya sesuatu video atau berita ia tidak boleh dipercayai tanpa
menyiasat terlebih dahulu perkara yang sebenarnya terjadi.Hal ini juga untuk
mengelakkan diri kita daripada berkata buruk tentang seseorang kerana ia boleh
mendatangkan fitnah.Jadi sebagai orang islam,kita seharusnya bersangka baik
terhadap seseorang dan tidak mudah mempercayai tentang isu-isu viral yang sedang
hangat diperkatakan tanpa mendapat bukti yang kukuh dan sumber yang sahih.
CARA MENGATASI
🌸Kematangan rakyat yang menentukan baik,buruk viral di media sosial. Rakyat perlu diingatkan bahawa penyebaran berita melalui media social terutama perkongsian menerusi laman blog,facebook,twitter,instagran atau banyak lagi aplikasi lain dapat memudahkan sesuatu perkara itu menjadi sangat popular dan diketahui dengan pantas oleh semua individu serta diakses penduduk di seluruh dunia. Kita tidak boleh baca niat si penukang viral yang telah berbuat demikan tetapi kita boleh mencari dan meneliti berita ,maklumat ,video graphik sama ada ia tidak betul ,berunsur fitnah atau dakyah propaganda pihak tertentu. Sebagai rakyat berilmu, beragama dan berfikiran terbuka, mereka boleh menghentikan viral berita atau perkara, jika diamati sudah ditokok tambah dengan maklumat tidak betul.Rakyat sendiri yang perlu menghentikan perbuatan menyebarkan perkara yang bermatlamat mengaibkan individu lain, merosakkan integriti kerana ia adalah virus membawa perpecahan masyarakat pelbagai kaum.Tiada manfaat yang membawa kepada kebaikan dan kesejahteraan rakyat jika ledakan maklumat berunsur fitnah dan hasutan bagi tujuan berbalah sesama sendiri ketika negara sedang berada dalam landasan betul ke arah mencapai Wawasan 2022.Rakyat perlu belajar menjadi individu yang lebih bertanggungjawab, berintegriti serta amanah atau terpaksa menggadai keamanan serta perpaduan sedia ada, hanya kerana berlaku salah faham kepada maklumat atau bahan yang dikongsi sehingga mengakibatkan pencerobohan hak peribadi seseorang.
Pada masa sama, pemimpin negara juga
perlu mengingatkan rakyat supaya mengelakkan persengketaan antara kaum dan
hidup dalam keadaan aman dengan berbuat baik dan saling menghormati sesama
masyarakat.Apa yang direbutkan tidak akan ada pengakhiran kerana tiada perkara
kekal.Pihak berkuasa perlu bertindak terhadap individu atau pihak yang menyebarkan
berita palsu dan fitnah ,hanya akta komunikasi dan multimedia 1998 pihak
berkuasa boleh bertindak ke atas individu ataupun pihak yang sengaja
menyebarkan berita palsu di media social demi kepentingan peribadi mereka
sendiri. Undang-undang perlu deperketatkan lagi dan memberi hukuman yang
setimpal dengan perbuatan mereka supaya rakyat tidak sewenang-wenangnya
menyebarkan berita palsu dan menabur fitnah terhadap individu yang tidak
bersalah. Dengan ini ,ia dapat memberi pengajaran terhadap individu yang viral
kan perkara tersebut. Oleh itu, individu yang tidak bersalah dapat membela
dirinya daripada terkena kecaman daripada masyarakat yang lain ,yang sudah
termakan dengan kata-kata palsu yang dibuat oleh si penyebar fitnah itu.
Pada masa ini , sudah tidak asing lagi
penggunaan gadget terhadap semua individu disemua peringkat usia baik tua atau
muda . Dalam pada itu,ibu bapa juga perlu memainkan peranan dengan memantau
anak-anak mereka dalam penggunaan gadget mereka. Hal ini kerana pada
zaman maklumat di hujung jari ini maklumat begitu pantas tersebar dan anak-anak
bawah umur belum bijak untuk menapis setiap berita yang mereka dapat. Jadi
ibubapa perlu bertanggungjawab untuk mendidik anak-anak mereka supaya dapat
dapat membezakan di antara berita yang betul dan palsu. Ibubapa perlulah lebih peka dan prihatin terhadap aktiviti
anak-anak mereka di ruang media sosial pada setiap hari. Memperhatikan tingkah
laku anak-anak juga merupakan peranan penting dalam mendidik anak-anak. Segala
tingkah laku anak-anak ibu bapa perlulah mengambil tahu dengan siapa mereka
berkawan,dimana mereka pergi,apa yang mereka buat ketika tiada bersama mereka
dan sebagainya, kerana peranan ini dapat mengelakkan anak-anak dari terjebat
dalam perkara yang membawa kerosakan akhlak dan moral meraka.
Keluarga yang mesra dan harmoni akan
melahirkan personaliti yang positif,ceria dan sihat.manakala keluarga yang
kuncar-kancir, kerapa bergaduh dan berpecah belah menyebabkan suasana menjadi
dingin dan kaku. Jika keadaan begini wujud dalam keluarga,ia mempengaruhi
perkembangan jiwa anak-anak.
APLIKASI
Aplikasi sosial yang popular seperti
Facebook, Twitter, Instagram, WhatsApp adalah medium yang sering digunakan dan
mempunyai ramai pengguna berdaftar di Malaysia berbanding beberapa aplikasi
lain dalam menggalakkan fenomena ini merebak. Sungguhpun isu viral banyak
dilihat dari sudut negatif, namun ada juga sisi positif yang membawa kebaikan.
Sebagai masyarakat yang bertanggungjawab kita mestilah bijak dalam menggunakan
aplikasi yang canngih ini. Pendapat ini dinyatakan Timbalan Menteri di Jabatan
Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), iaitu Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Beliau berpendapat, amat dangkal jika ada yang mengeluh marah dengan aplikasi
media sosial ini atau ingin sewenangnya mencadangkan diharamkan terus penggunaannya.Menurutnya,
pelbagai media sosial kini hanyalah alat yang boleh dimanfaatkan untuk kebaikan
atau sebaliknya.
Tambahnya, aplikasi media sosial
seperti Facebook, WhatsApp, Instragram, Twitter ,Telegram dan TikTok , boleh
sahaja digunakan untuk penyebaran ilmu dan dakwah hingga seseorang itu mampu
mengumpulkan pahala jariah yang berterusan sehingga hari kiamat walaupun
jasadnya sudah mati.Sebaliknya jika aplikasi media sosial hari ini dijadikan
alat penyebaran berita-berita tidak benar mahupun maklumat-maklumat berupa
fitnah atau ghibah, nescaya kita boleh terjerumus dalam kancah dosa-dosa jariah
atau istilah yang digunakan oleh Imam Al-Ghazali sebagai maksiat jariah.
Aplikasi ini juga mempunyai
kebaikannya jika digunakan dengan cara yang betul. Antaranya ialah berita
mengenai bantuan dapat disebarkan dengan cepat dan pantas. Contohnya,
dalam melibatkan kes penculikan, ia dapat membantu pihak polis
untuk mencari maklumat tentang penculikan tersebut dengan cepat. Selain
itu, ia juga memberi kesedaran kepada masyarakat terutama ibu bapa. Contohnya
kes penderaan yang melibatkan kanak-kanak di tempat asuhan memberi kesedaran
kepada orang ramai khususnya ibu bapa supaya lebih peka dengan keadaan
anak-anak mereka ketika berada di bawah jagaan pengasuh. Disamping itu juga,
viral dapat membantu menangani kes jenayah yang kian berleluasa. Contohnya,
video jenayah yang disebarkan dapat dijadikan bahan bukti untuk siasatan pihak
berkuasa.
Kesimpulannya,
viral mempunyai kebaikan dan keburukan yang tersendiri bergantung kepada isu
dan berita yang disebarkan di media sosial kepada seseorang dan masyrakat di
Negara kita. Sekiranya perkara ini dipandang remeh oleh masyarakat maka tidak
mustahil akan jadinya penyakit budaya viral dan sebagainya sehingga boleh
menimbulkan huru-hara di Negara ini.
Oleh itu , sebagai pengguna kita
mestilah bijak dalam menggunakan aplikasi yang ada , kita haruslah berfikir
sebelum memviral kan sesuatu sama ada ia baik atau buruk untuk diviralkan.
Sebagai ibubapa juga , kita mestilah memberikan had penggunaan kepada
kanak-kanak terutamanya budak 18 tahun ke bawah , sentiasalah memantau apa yang
mereka lihat dan digunakan untuk apa dalam pelbagai aplikasi yang canggih ini.
Antara aplikasi yang ramai digunakan ialah:
Isu viral juga mempunyai kebaikan dan keburukan yang tersendiri
bergantung kepada isu dan berita yang disebarkan di media sosial kepada
seseorang dan masyarakat di Negara kita. Sekiranya perkara ini dipandang remeh
oleh masyarakat maka tidak mustahil akan jadinya penyakit budaya viral dan
sebagainya sehingga boleh menimbulkan huru-hara di Negara ini.Viral ini berlaku
akibat daripada beberapa faktor antaranya ialah individu yang pentingkan diri
sendiri,sikap individu yang suka menjatuhkan orang lain, tiada pemantauan
pengguna internet dan sebagainya.
Oleh itu terdapat juga cara untuk mengatasi isu viral ini antaranya
ialah pihakberkuasa perlu bertidak terhadap idividu atau pihak yang menyebarkan
berita palsu dan fitnah supaya dapat memberikan mereka pengajaran yang setimpal
atas perbuatan mereka.Selain itu,ibu bpa juga perlu memantau kegiatan anak-anak
di media sosial supaya tidak terjebak ke kancah viral dan fitnah.Ibu bapa
perlulah lebih peka dan prihatin terhadap aktiviti anak-anak mereka di ruang
media sosial pada setiap hariHal ini kerana pada zaman maklumat di hujung jari
ini maklumat begitu pantas tersebar dan anak-anak bawah umur belum bijak untuk
menapis setiap berita yang mereka dapat.
No comments:
Post a Comment