Thursday, April 14, 2022

 TAJUK : SEJAUH MANAKAH ISU VIRAL  MEMBERI KESAN TERHADAP UMAT ISLAM.

😁DGU2D KUMPULAN 3😁

🌸NAMA AHLI KUMPULAN🌸

1.WAN SYAMIMI BT WAN HASBULALFI(02DGU21F1016)

2.NUR NAJWA BT MOHAMAD FAUZI(02DGU21F1137)

3.NURUL AINA BT FENDY(02DGU21F1045)

4.NUR DAYANA ASILA BT MOHD SOFIAN(02DGU21F1065)

5.NUR NADIRA BT KAMARALLADIN(02DGU21F1069)

6.NUR IZZAH BT ABDULLAH(02DGU21F1117)





PENDAHULUAN 

🌸 Seiring kepesatan teknologi dan gaya hidup yang maju ,minda dan perilaku masyarakat juga berubah. Masyarakat hari ini lebih banyak meluangkan masa di laman social,ditambah pula kecanggihan peranti dan gajet menjadiakan mesej mampu disampaikan secara pantas.

 Viral antara satu fenomena yang semakin mudah tersebar. Dengan hanya memetic satu kekunci, kita berupaya tergolong sebagai penyebar maklumat yang kadang kala  diragui kesahihannye.Golongan muda tidak terkecuali sebagai ejen penyebar mesej tersebut.Aplikasi social yang popular seperti Facebook,Twitte, Instagram, WhatsApp adalah medium yang sering digunakan dan mampunyai ramai pengguna berdaftar di Malaysia berbanding beberapa aplikasi lain dalam menggalakkan fenomena ini merebak.

 Sungguhpun isu viral banyak dilihat dari sudut negative, namun ada jugan sisi positif yang membawa kebaikan.Pendapat ini dinyatakan Timbalan Mentri di Jabatan Pedana Mentri(Hal Ehwal Agama), senator Datuk Dr Asyaf Wajdi Dusuki dalam kolumnya di ruangan Cetusan – Sinar Harian pada 24 Februari  lalu Beliau berpendapat, amat dangkal jika ada yang mengeluh marah dengan aplikasi media social ini atau ingin sewenangnya mencadandkan diharamkan terus penggunaannya.


DIFINISI

🌸Sejak wujudnya media sosial, viral atau tular itu telah menjadi salah satu perkataan dalam kosa kata kita. Apakah itu tular atau viral dalam Bahasa digital kita? Secara definisi viral berasal dari perkataan “virus” yang menggambarkan ejen berjangkit kecil menjangkiti semua jenis organisma. Di internet, satu posting boleh tersebar seperti virus jika orang menjadi “dijangkiti” apabila melihatnya. Jadinya perkataan paling dekat dengan viral adalah “wabak”. Sesuatu wabak ini biasanya datang dari emosi yang menimbulkan perasaan yang merangsang  penonton untuk terus berkongsi, meneruskan proses viral.

Satu perkataan yang besar dan semakin mendapat tempat dalam kehidupan tamadun komunikasi moden masa kini berasal dari perkataan VIRUS- sudah tentu minda manusia akan terfikir akan bahaya yang boleh merebak kepada manusia lain secara pantas.Viral dari aspek komunikasi: satu kuasa aliran komunikasi elektronik yang disebarkan secara pantas dan meluas secara interpersonal.

Budaya viral bukan satu isu baharu kerana hal ini sentiasa hangat pada zaman serba canggih ini . Ledakan teknologi menjadikan mesej atau bahan yang viral tersebar  luas umpama ada butang yang berfungsi secara automataik . Bentuk penyebaran yang tidak dapat dibendung itu menjadikan bahan yang disebarkan.

Perkataan akhlak berasal daripada perkataan (al-akhlaaku) iaitu kata jama daripada perkataan (alkhuluqu) bererti tabiat, perlakuan, perangai, tingkahlaku, maruah, adat kebiasaan malah ia juga beerti agama itu sendiri. Antara definisi akhlak menurut istilah ialah sifat yang tertanam di dalam diri yang dapat mengeluarkan sesuatu perbuatan dengan senang dan mudah tanpa pemikiran, penilitian dan paksaan. Ibn Miskawaih, ahli falsafah Islam yang terkenal mentakrifkan akhlak itu sebagai keadaan jiwa yang mendorong kearah melahirkan perbuatan tanpa pemikiran dan penilitian.


ISU VIRAL AKHLAK

🌸Kata Nabi Muhammad SAW:

“Tidak ada satu benda yang lebih berat  di dalam timbangan seorang mukmin pada hari kiamat daripada akhlak yang baik.Tidak mencerca orang, tidak menyakitkan hati orang, tidak mengambil hak orang, tidak membalas keburukan dengan keburukan.”

Umumnya, isu viral bukanlah satu fenomena yang asing bagi kita, malah isu viral menjadi permainan dan satu perkara yang seolah-olah wajib dilakukan oleh setiap orang. Sebagai contohnya, baru-baru ini tular isu mengenai seorang perempuan (kaklong) yang mengamuk di outlet 7Eleven (7E) sehingga menerima kecaman orang ramai akibat tindakannya yang agak biadap kerana anaknya dituduh mencuri. Dari video secara langsung yang dibuat oleh kaklong, dia telah mengeluarkan kata-kata kesat kepada pekerja 7E serta Tindakan anaknya yang bertingkah laku sangat biadap dan tidak sopan dengan melempar barang kepada pekerja outlet tersebut sehingga masyarakat memandang serong terhadap keluarga tersebut. Impak kepada umat islam pula, tingkah laku kaklong tersebut sebagai seorang islam menunjukkan islam adalah agama yang ganas.



Pada tahun 2021, apa yang menjadi kejutan adalah pengakuan seorang pelajar sekolah menengah bahawa seorang guru membuat jenaka berkaitan isu rogol dalam kelas.Ia mengundang reaksi negatif dan kemarahan pelbagai pihak, khususnya ibu bapa pelajar. Apa yang dilihat hari ini sangat menyedihkan, apabila ramai guru tidak menyedari isu sensitif ini sebenarnya mampu memberi pengaruh buruk kepada pelajar suatu hari kelak.

"Sebab mereka tidak faham perkara itu adalah salah. Di situlah salah sistem pendidikan kita yang tak mengajar perbuatan salah. Hanya fokus kepada bidang akademik dan tidak kepada moral, adab dan akhlak pelajar kita," kata seorang pelajar yang menjadi mangsa isu gurauan rogol.


Mangsa jenaka rogol juga menyatakan guru berkenaan memberitahu pelajarnya untuk merogol wanita yang berumur di atas 18 tahun sahaja kerana undang-undang berkaitan jenayah ini kurang berbanding merogol remaja berusia 18 tahun ke bawah.

Ramai pelajar lelaki khususnya tertarik dengan jenaka sensitif ini, namun tidak pelajar perempuan. Kebanyakannya malu, tetapi takut untuk menyuarakan masalah dialami.

Jika perkara ini tidak dibendung, ia akan menjadi ikutan pelajar pada masa akan datang di mana kehormatan wanita tidak lagi dipandang tinggi. Lebih parah, jika ada antara pelajar lelaki mengaplikasi gurauan buruk itu dalam kehidupan seharian.

Sepatutnya, sebagai seorang pengajar mereka perlu menunjukkan akhlak dan contoh yang baik. Ini disebabkan saban hari, guru umpama ibu bapa kedua pelajar ketika di sekolah. Tidak hairanlah jika seorang guru rapat dengan anak muridnya. Apabila timbul isu seperti ini, islam akan dipandang serong oleh masyarakat lain akibat daripada akhlak yang ditunjukkan. Pelajar islam dibawah bimbingan guru tersebut juga akan menerima impak negatif seperti mereka berpotensi untuk tidak menghormati wanita dimana islam sangat menghormati wanita dan meninggikan darjat mereka. Mereka juga berkemungkinan akan lebih berani untuk melakukan perkara terkutuk sekaligus boleh mencemarkan nama islam.

Umat Islam khususnya para pendidik di luar sana perlu mencontohi dan mengagumi akhlak Rasulullah untuk menjadikan lapangan pendidikan dan profesion keguruan lebih mantapdan berketrampilan. Dalam dunia pendidikan ini, sememangnya akan berhadapan dengan pelbagai cabaran. Menurut Ahmad Mohd Salleh (2011) perubahan sentiasa berlaku dalam sistem pendidikan negara selaras dengan perubahan-perubahan yang berlaku dalam hidup masyarakat”. Justeru, muncul cabaran yang perlu ditangani secara berkesan terutama cabaran yang berkaitan dengan kerohanian dan akhlak. Tugas yang dipikul untuk mendidik anak bangsa ini bukanlah satu tugas yang mudah terutamanya.


Selain itu, isu viral bukan sahaja mencetuskan isu-isu negatif. Terdapat banyak lagi isu viral positif cuma di akhir zaman ini, masyarakat lebih tertarik dengan isu-isu negatif. Seperti yang kita tahu, pada tahun 2021 terdapat beberapa buah negeri yang dilanda musibah seperti banjir dan rebut yang menyebabkan sekolompok masyarakat besar kehilangan tempat berteduh dan kehilangan ahli keluarga. Jadi, seorang ustaz muda (Ustaz Ebit Lew) bersama pasukannya sanggup turun padang bagi menghulurkan bantuan seperti di negeri Terengganu dan Kelantan yang dilanda banjir teruk. Hal ini menyebabkan masyarakat islam termasuklah masyarakat bukan islam memandang tinggi pada agama islam kerana akhlak yang ditonjolkan oleh ustaz Ebit Lew melalui laman sosial.


Isu viral lain yang positif ialah pada tahun 2020, tular seorang Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia , Tan Sri Tony Fernandes mencetuskan kekaguman di Instagram apabila beliau berkongsi gambarnya ketika sedang membaca sebuah buku mengenai tokoh utama Islam, Nabi Muhammad. Tony memaklumkan dirinya menghabiskan masa dengan membaca sebuah buku keagamaan sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Posting tersebut turut mendapat perhatian pendakwah Pencetus Ummah (PU) Amin yang kemudian menjelaskan bahawa buku yang sedang dibaca Tony itu merupakan sebuah naskah terjemahan hadis yang menceritakan tentang akhlak Rasulullah. “Tony Fernandes sedang membaca dan memahami terjemahan buku ‘Syamail Muhammadah’. Buku hadis yang lengkap menceritakan tentang akhlak,kehidupan dan cantiknya penciptaan baginda Rasulullah SAW. Daripada isu viral ini, umat islam akan lebih menyedari bahawa islam itu indah sehingga bangsa yang beragama lain turut membaca buku tentang nabi Muhammad SAW. Akhlak yang ditunjukkan oleh Tony Fernandes ini wajar dicontohi oleh semua orang iaitu walaupun kita hidup dalam pelbagai bangsa dan agama, tidak semestinya kita tidak perlu mengetahui agama lain dan tidak menghormati bangsa yang beragama selain islam.




HADIS & DALIL AL-QURAN

🌸Sebelum Rasulullah SAW memerintahkan kepada umatnya untuk berakhlak mulia, beliau telah mencontohkannya terlebih dahulu sabagai uswatun hasan atau contoh yang terbaik. Sebagai contoh, Nabi Muhammad SAW yang menunjukkan betapa tinggi akhlak baginda: Setiap kali Muhammad disakitkan hatinya, maka setiap kali itulah dia akan bertambah baik kepada musuhnya. Semakin orang membuat jahat kepada baginda, semakin baginda bartambah baik kepada orang tersebut.


 Terdadapat  banyak hadits tentang akhlak yang memerintahkan kepada umat islam untuk memperbaiki akhlak, serta menunjukkan keutamaan akhlak mulia. Dari Abu Hurairah berkata; Rasulullah SAW bersabda; “Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya.” (HR Tirmizi)dari hadith tersebut sudah jelas terbukti bahawa akhalak amat diutamakan dalam agama islam dan dituntut kehidupan.

Islam menempatkan bahawa pemeluk agama islam sebagai saudara Sesama Muslim terikat persaudaraan dari beberapa sisi. Mereka terikat setidaknya oleh persaudaraan secara kemanusiaan dan persaudaraan atas dasar kesamaan ajaran agama yang dianut. Oleh karena itu, Islam memerintahkan kita untuk saling membantu di tengah kesulitan, saling menolong dalam kebaikan.  Semangat persaudaraan ini dipesan oleh Allah SWT dalam ayat sebagai berikut, "Sungguh, orang-orang mukmin itu bersaudara.


Oleh karena itu, damaikanlah konflik di tengah saudara kalian. Hendaklah kalian bertakwa agar kalian mendapatkan rahmat," (Surat Al-Hujurat ayat 10).   Islam begitu banyak berbicara akhlak yang baik terhadap sesama Muslim. Nabi Muhammad SAW mengilustrasikan komunitas Muslim sebagai sebuah bangunan utuh yang masing-masing organnya mengambil tempat dan fungsinya. Nabi Muhammad SAW bersabda, "Seorang mukmin dengan orang mukmin lainnya berhubungan seperti sebuah bangunan yang satu sama lain saling menguatkan." (HR Bukhari, Muslim, At-Tirmidzi, dan Abu Dawud).


 Rasulullah SAW pada hadits riwayat Imam Muslim menyatakan secara umum kriteria Muslim teladan. Rasulullah SAW bersabda, "Muslim yang baik adalah Muslim yang menjaga ucapan dan perilakunya sehingga Muslim lainnya terjaga dari ucapan dan perilakunya yang menyakitkan."   Islam pada saat yang bersamaan juga mengingatkan masyarakat untuk menjauhi hal-hal yang dapat menyakiti perasaan sesama Muslim, menimbulkan perselisihan, dan juga secara umum dapat menyebabkan pertikaian dan bahkan perang saudara.


Islam mengajarkan umatnya untuk memperlakukan dengan baik sesama Muslim. Islam menganjurkan mereka untuk saling mengenali dan memahami perbedaan kebiasaan, cara berpikir, berbeda dari masing-masing individu atau kelompok yang terbentuk oleh latar belakang geografis, wawasan, pengalaman, pendidikan, struktur komunitas atau masyarakat yang berbeda. Islam mengajarkan kesetaraan. Islam mengakui penciptaan manusia yang beragama. Islam tidak membedakan manusia berdasarkan jenis kelamin, suku, etnis, bangsa dan juga golongan di ruang publik. Islam justru mendorong umat manusia untuk saling mengenal dan memahami keragaman masing-masing. Sedangkan Allah memberikan penilaian dan derajat yang tinggi berdasarkan ketakwaan masing-masing orang (Surat Al-Hujurat ayat 13).

 

Pentingnya akhlak sebagi pedoman hidup umat Muslim selaras dengan misi agama Islam. Menurut buku Akidah dan Akhlak untuk Kelas IX MA karangan Taofik Yusmansyah (2016: 56), misi agama Islam adalah menyempurnakan akhlak umat manusia. Hal ini tergambar dalam sabda Rasulullah SAW:

إِنَّمَا بُعِثْتُ لأُتَمِّمَ مَكَارِمَ الأَخْلاقِ

Artinya: "Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak" (H.R. Baihaqi).


KESAN TERHADAP UMAT ISLAM

🌸KESAN BURUK

*         💓   MENGAIBKAN SESEORANG

Isu viral ini dapat mengaibkan seseorang tidak kira seseorang itu dikenali mahupun tidak . Allah SWT telah menentukan sifat kejadian seseorang seperti kecacatan pancaindera atau kesalahan yang dilakukan pada masa lampau . Hal ini demikian kita tidaklah sewenang-wenang nya berbicara atau menyebarkan dengan niat jahat kerana pandangan mejoriti ulama berpendapat bahawa perbuatan itu merupakan satu kesalahan dan berdosa besar . Oleh itu , seseorang itu akan mendapat malu dan menjauh diri dari masyarakat . Firman Allah SWT , “Sesungguhnya orang-orang yang suka menghebahkan (menyiar)tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang beriman , mereka akan peroleh azab siksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan diakhirat”. (Surah an NUR : 19 ) . Allah akan mengecam orang yang menyiarkan berita buruk agar diketahui oleh orang mukmin lain bahkan bagi mereka azab pedih di akhirat kelak .


   💓  PENYEBARAN FITNAH

Isu viral pada zaman modenisasi ini telah disalahgunakan untuk penyebaran fitnah-fitnah yang besar seperti menyebar perkara yang tidak mempunyai bukti yang kukuh atau sahih , dan tidak lagi untuk kepentingan sendiri . Gejala yang sering dikaitkan dengan isu viral ialah bergosip bak kata orang muda zaman sekarang ‘makcik bawang’ oleh satu pihak bagi tujuan memburukkan , memalukan dan menjatuhkan pihak yang lain . Fitnah juga dapat disebarkan hanya melalui gambar semata mata sahaja . Hal ini demikian menyebabkan mencabar etika dan tatasusila hidup masyarakat terutama nya yang beragama islam . Menurut ajaran islam , penyebaran fitnah adalah satu jenayah yang sangat besar kerana fitnah memberi kesan yang negatif dan mendalam terhadap seseorang yang telah difitnah seperti jatuhnya maruah dan kedudukan seseorang itu jatuh malah malu untuk bergaul dengan masyarakat . Selain itu , fitnah juga dapat membuatakn seseorang itu sanggup membunuh diri sendiri . Dalam surah al-Baqarah ayat 191 Allah SWT menyebut bahawa FITNAH LEBIH KEJAM DARPADA MEMBUNUH .


💓    ISU HALAL YANG DIRAGUI

Kebelakangan ini , banyak isu halal yang tular di media sosial . Hal ini meneyebabkan umat islam meragui dengan perkara tersebut . Perkara ini selalunya disampaikan dalam bentuk gambar atau teks mengenai isu halal dan haram di media sosial seperti WhatsApp , Instagram dan juga Facebook . Kadangkala perkara ini dapat memberi pelbagai reaksi umat islam samaada curiga , syak wasangka dan membimbangkan  . Sebagai contoh , isu makanan segera iaitu gegelang sotong yang dikatakan diperbuat dari khinzir . Hal ini menyebabkan isu ini viral satu ketika  dahulu . Apabila disemak dalam laman sesawang dan sedia sosial lainnya , sesetengah maklumat yang tular bukanlah dalam negara ini tetapi telah disebarkan lebih sepuluh kali di sosial media contohnya pemalsuan logo halal Malaysia mahupun logo halal luar negara yang telah diiktirafkan . Hal ini menyebabkan umat islam semakin khuwatir dalam membeli barang atau menggunakan sesuatu produk yang dikatakan halal .


 💓  PERUBAHAN GAYA HIDUP DAN PENCEMARAN BAHASA UMAT ISLAM

Pengaruh media baru yang menular dalam kehidupan moden hari ini telah mengubah paradigma sosiobudaya dan Bahasa cara berkomunikasi . Revolusi ini telah lama berlaku sebelum merdeka lagi . Penjajah zaman dahulu yang memulakan perubahan gaya hidup yang lebih mengikut buadaya barat . Penjajahan budaya hidup barat dalam aspek pakaian , makanan , minuman ,tingkah laku dan hiburan telah menukar jati diri seseorang . Pada zaman kini , yang menarik dalam isu viral ini yang berlaku tanpa sedar ialah kerosakkan bahasa yang disingkatkan , contohnya perkataan ‘ASSALAMUALAIKUM’ sudah diringkas dengan pelbagai cara ‘ASSLAM’ , ‘ASKUM’ dan ‘AKUM’ . Ejaan seperti ini jelas sekali membawa makna yang salah dan akan merosakkan istilah akan perkataan tersebut . Selain itu , dalam pemakaian , makanan dan minuman kini umat islam lebih tertarik dengan cara budaya barat yang sering viral di sosial media . Pemakain yang paling penting dalam agama islam adalah menutup aurat , tetapi tidak untuk zaman yang moden ini . kebanyakkannya lebih mementingkan fashion yang semakin hari semakin pelik .


🌸KESAN BAIK

   💓  KESAHIHAN MAKLUMAT

Maklumat yang tepat adalah penting dengan kesahihannya bagi menjamin tidak berlakunya penyelewengan dan kepalsuan fakta . Hal ini demikian kerana , sudah terlalu banyak maklumat-maklumat palsu yang tular sehingga ada yang mempercayainya . Kesahihan maklumat juga penting untuk membuat rujukan terutamanya umat islam yang ingin mengetahui pelbagai ilmu feqah dan tauhid . Sebagai contoh , berkaitan dengan hadis sahih atau palsu dan halal atau haram sesuatu perkara . Oleh itu , seseorang itu terutamanya uamt islam perlulah cakna terhadap penularan maklumat dari sumber yang benar seperti al-Quran bagi menegaskan kesahihan maklumat tersebut dan mengelakkan kekeliruan kepada masyarakat .


💓   MAKLUMAT PENTING DAPAT DIHEBAHKAN

Dengan memviralkan maklumat penting di media sosial masyarakat dapat mengetahui tentang kejadian alam yang berlaku pada zaman ini . hal ini demikian kerana dapat membuka mata masyarakat untuk memberi bantuan dan mengambil Langkah berjaga jaga . Contohnya isu viral tentang wabak merbahaya yang berlaku di China pada 2 tahun yang lepas iaitu ‘CORONA VIRUS’ . Pelbagai reaksi masyarakat terhadap isu tersebut sehingga mengaitkan dengan dekat dengan kiamat . Hal ini dapat menyedarkan umat islam sekali gus untuk membuat banyak kebaikan . Selain itu , kejadian kebakaran di Hutan Afrika , ia menyebabkan seluruh negara termasuk negara-negara islam turut bersimpati setelah apa yang berlaku . Malahan , ada memberi bantuan terhadap mangsa-mangsa yang terbakar serta melindungi haiwan seperti kangaru daripada pupus .


 💓  DAKWAH ISLAM DAPAT DIPERLUASKAN

Pada zaman moden ini , penyebaran dakwah hanyalah dihujung jari . Kebanyakan umat islam sudah kurang untuk mendengar ceramah di masjid tetapi hanya melayari internet sahaja contohnya YouTube , Facebook dan Telegram . Hal ini masyarakat islam dapat mencegah dan menjauhkan perkara yang dilarang oleh islam . Isu yang kurang menyenangkan di mata masyarakat akan menjadi tajuk dalam dakwah seseorang ilmuan islam untuk memperjelaskan dan memberi teguran dan nasihat kepada semua orang . Contohnya , isu yang hangat yang sering diperkatakan pada era 2022 ini , seorang ahli perniagaan telah berpakaian seperti perempuan seperti bertelekung dan mengerjakan ibadah umrah di mekah sedangkan ia sebenarnya berawal dengan fitrah lelaki . Isu ini tular dan membuatkan umat islam di negara ini marah dan mengecam . Para ilmuan telah banyak menegur dengan perlakuannya dan meneranagkan hal tersebut dan menasihati apa yang bercanggah dengan islam .

 

*   💓  MENYEDARKAN UMAT ISLAM TENTANG SESUATU PERKARA

Isu viral yang sudah tersebar luas ialah  kejadian kebakaran di Hutan Afrika yang terbakar akiat cuaca yang terlaku panas dan menybabkan banya haiwan liar mati.Akibat daripada kejadian ini umat islam mula menyadari bahawa Allah adalah maha pencipta dan pengatur sesuatu perkara  kerana setiap apa yang terjadi pasti ada hikmahnya sama ada kita mengetahuinya ataupun tidak.Setiap ujian yang Allah berikan kepada umatnya adalah untuk menilai sejauh manakah pergantungan umat islam kepada-Nya selain iru mengajarkan untuk bersedia menempuh ujian akhir zaman.Akhir-akhir ini kita juga sering dapat melihat bukti kekuasaan-Nya dengan tersebarnya virus novel corona yang sukar untuk mencari penawarnya.

 Viral mempunyai kebaikan dan keburukan yang tersendiri bergantung kepada isu dan berita yang disebarkan di media sosial kepada seseorang dan masyarakat di Negara kita. Sekiranya perkara ini dipandang remeh oleh masyarakat maka tidak mustahil akan jadinya penyakit budaya viral dan sebagainya sehingga boleh menimbulkan huru-hara di Negara ini.Viral ini berlaku akibat daripada beberapa faktor antaranya ialah individu yang pentingkan diri sendiri,sikap individu yang suka menjatuhkan orang lain, tiada pemantauan pengguna internet dan sebagainya.Oleh itu terdapat juga cara untuk mengatasi isu viral ini antaranya ialah pihakberkuasa perlu bertidak terhadap idividu atau pihak yang menyebarkan berita palsu dan fitnah supaya dapat memberikan mereka pengajaran yang setimpal atas perbuatan mereka.Selain itu,ibu bapa juga perlu memantau kegiatan anak-anak di media sosial supaya tidak terjebak ke kancah viral dan fitnah.Ibu bapa

perlulah lebih peka dan prihatin terhadap aktiviti anak-anak mereka di ruang media sosial pada setiap hari.Hal ini kerana pada zaman maklumat di hujung jari ini maklumat begitu pantas tersebar dan anak-anak bawah umur belum bijak untuk menapis setiap berita yang mereka dapat.Jadi ibu bapa perlu bertanggungjawab untuk mendidik anak-anak mereka supaya dapat membezakan di antara berita yang betul dan palsu.Oleh itu,setiap individu atau sesuatu pihak mestilah bertanggungjawab terhadap berita yang ingin mereka sebarkan kepada orang ramai.Hal ini kerana setiap berita atau maklumat yang mereka sampaikan mudah tersebar di zaman teknologi serba canggih ini.Pemikiran yang rasional dan waras serta tindakan yang bijak oleh seseorang individu yang menggunakan media sosial amat diperlukan dalam hal sebegini.


KEBAIKAN & KEBURUKAN ISU VIRAL

🌸KEBAIKAN

Budaya viral bukan satu isu baharu kerana ia sentiasa hangat diperkatakan. Ledakan teknologi menjadikan mesej atau bahan yang diviralkan tersebar luas umpama ada butang yang berfungsi secara automatik.Bentuk penyebaran yang tidak dapat dibendung itu menjadikan bahan yang disebarkan kadangkala tidak sahih. Jika sekadar lawak jenaka yang diperkatakan, mungkin ia boleh dianggap hiburan ringan di kala menghilangkan tekanan, tetapi jika membabitkan unsur-unsur penghinaan, fitnah dan cacian, ia langsung memberi impak negatif kepada imej individu dan negara.


Boleh dikatakan semua perkara berpotensi untuk dijadikan viral, cerita manusia bermula dengan seorang bayi hinggalah kepada pemimpin negara, tokoh-tokoh politik, usahawan hinggalah kepada binatang, perangai manusia, dan pelbagai elemen boleh mencetuskan viral.


Pendek kata, viral tidak mengenal sesiapa, jika ada yang mencipta, dan ada pula tukang sebar, ia menular bagaikan virus menyerang.Begitu juga dalam kehidupan mahasiswa, suatu ketika isu pelajar kelaparan hangat dibangkitkan dan tersebar juga pengakuan daripada beberapa penuntut yang mengaku keadaan itu telah menjejaskan kesihatan mereka.


Ekoran viral tersebut, ramai pihak tampil membantu, dalam masa yang sama, program-program kebajikan pula menyusul. Jika melihat dari sudut positifnya, kesan viral begitu baik sekali. Mampu meresahkan pihak pentadbiran sehingga membuka segala bantuan dan daripada situ, pelajar yang tidak pernah tahu akan wujudnya bantuan, mulai sedar, rupa-rupanya nasib tidaklah begitu malang.

 

Banyak lagi contoh viral yang membabitkan mahasiswa antaranya aksi spontan graduan UiTM yang berselfie ketika istiadat konvokesyen. Ada yang mengecam, tidak kurang juga menyokong tindakan tersebut, kerana kelakuan itu bukan suatu yang biasa.melihat kepada fenomena ini, Isu Kampus cuba dapatkan beberapa respons daripada mahasiswa dalam menyatakan pendirian dan sejauh mana mereka faham mengenai viral.


Apabila menyentuh mengenai viral, sudah pasti pemikiran kita lebih kepada perkara negatif sehingga lupa budaya viral juga ada baiknya. Antara kebaikan budaya viral adalah untuk tujuan pemasaran bagi perniagaan sesuatu produk. Pada zaman teknologi serba canggih kini, penggunaan khidmat jurujual semakin berkurang.Pengusaha atau peniaga lebih memilih laman sosial sebagai medium untuk melariskan dan mempromosikan produk. Ada peniaga memuat naik gambar dan video produk untuk meyakinkan pengguna kualiti barangan mereka.


Selain menjimatkan kos, kaedah ini juga menjimatkan tenaga dan masa. Contohnya, di laman Instagram, kita dapat lihat ramai peniaga mengiklankan barangan seperti baju, topi, produk kecantikan dan sebagainya.Hal ini juga dapat memudahkan peniaga atas talian untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka pada masa akan datang.Selain itu,dengan cara mengviralkan sesuatu barang yang dijual,masa yang ada juga tidak terhad kerana tidak perlu berada dalam kesesakan lalu lintas dan melayan karenah pelanggan yang bermacam.


Begitu juga mencari peluang pekerjaan, masyarakat kini kurang menggunakan khidmat media cetak seperti akhbar untuk mengiklankan peluang pekerjaan. Justeru, hanya yang membeli dan membaca akhbar, akan tahu mengenai peluang pekerjaan itu.Berbanding melalui viral di media sosial, iklan berkenaan dapat diakses semua pengguna akaun media sosial dalam dan luar negara. Penyebaran maklumat yang pantas, memudahkan masyarakat mengetahui peluang pekerjaan, sekali gus dapat mengurangkan masalah pengangguran disebabkan faktor kurang terdedah hebahan peluang pekerjaan.


Selain itu,kebaikan isu viral ialah dapat memudahkan rakyat untuk memohon bantuan kewangan yang diberikan oleh kerajaan seperti SKIM MYSALAM,PROGRAM REBAT ELEKTRIK RM40,PAS TANPA HAD MYRAPID MY100/MY50,BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN,SKIM I-SURI,SKIM PEDULI KESIHATAN UNTUK KUMPULAN B40,PROGRAM I-SINAR.Hal ini dapat meringankan beban masyarakat yang kurang berkemampuan untuk menampung keperluan harian mereka seiring dengan kos sara hidup yang semakin tinggi pada abad ini.Hal ini juga kerana sesetengah masyarakat tidak mempunyai kenderaan sendiri untuk keluar bandar untuk membeli surat khabar bagi mengikuti perkembangan semasa.Dengan adanya kemudahan seperti telefon pintar,komputer riba,berita-berita seperti ini dapat tersebar dengan luas dalam masa yang singkat.Jadi,dengan adanya isu viral ini,sekaligus dapat meringankan beban masyarakat di Malaysia.


Akhir sekali,kebaikannya ialah berita mengenai bantuan dapat disebarkan dengan cepat dan pantas.  Contohnya, dalam melibatkan kes penculikan, ia dapat  membantu pihak polis untuk  mencari maklumat tentang penculikan tersebut dengan cepat. Selain itu, ia juga memberi kesedaran kepada masyarakat terutama ibu bapa. Contohnya kes penderaan yang melibatkan kanak-kanak di tempat asuhan memberi kesedaran kepada orang ramai khususnya ibu bapa supaya lebih peka dengan keadaan anak-anak mereka ketika berada di bawah jagaan pengasuh. Disamping itu juga, isu viral dapat membantu menangani kes jenayah yang kian berleluasa. Contohnya, video jenayah yang disebarkan dapat dijadikan bahan bukti untuk siasatan pihak berkuasa.


🌸KEBURUKAN

〰Namun, ada segelintir yang menyalahgunakan peranan viral sehingga menimbulkan banyak keburukan. Antaranya ialah penyebaran maklumat palsu. Selari dengan istilah ‘maklumat tanpa sempadan’, begitu juga dengan kuasa viral.Pelbagai maklumat yang belum pasti kesahihannya, disebarkan secara meluas. Ini berlaku disebabkan sesetengah individu yang gemar menyebarkan berita berdasarkan maklumat baru diperoleh tanpa memastikan terlebih dahulu kebenaran perkara berkenaan.


Walaupun sudah digubal akta untuk menghukum individu yang menyebarkan maklumat palsu ia tidak diendahkan. Tambahan pula, pembaca kebanyakan percaya sepenuhnya dengan maklumat disampaikan. Lebih teruk lagi apabila ramai yang berkongsi maklumat palsu berkenaan.

 

Budaya viral juga boleh membawa musibah, menjatuhkan imej individu, persatuan dan juga negara. Sering kali kita menyaksikan video tular di media sosial dan tidak elok untuk tontonan umum.Ada juga individu tidak rasional yang mengutuk sehingga mencemarkan maruah negara. Disebabkan rasa tidak puas hati dan penting diri, mereka memburuk-burukkan kerajaan serta negara. Tindakan kurang bijak itu bukan sahaja memalukan pemerintah dan negara, malah kepada rakyat.


Selain itu, menjejaskan perpaduan rakyat. Paling dibimbangi,isu viral yang negatif dapat menjejaskan perpaduan rakyat. Malaysia terkenal dengan rakyat pelbagai kaum. Walaupun hidup berbeza budaya dan agama, sikap tolak ansur serta saling menghormati menjadi tunjang perpaduan. Namun, masih wujud individu menjadi ‘batu api’ memecahbelahkan keharmonian itu.Betapa sukarnya masyarakat membina perpaduan yang teguh tetapi dengan mudah seseorang menghancurkan usaha itu.Hal ini juga akan perpaduan di Malaysia  berpecah belah sekaligus akan menyebabkan negara tidak harmoni.Kita mestilah sentiasa Bersatu padu dalam membanteras isu-isu negatif yang semakin berleluasa pada zaman sekarang untuk menjamin masa depan negara.

 

Seterusnya ialah isu viral juga dapat memberi impak negatif kepada kanak-kanak bawah umur serta remaja.Hal ini terjadi kerana kanak-kanak pada zaman sekarang telah didedahkan dengan pelbagai kemudahan seperti telefon pintar yang mengandungu aplikasi-aplikasi seperti instagram,tiktok, yang mengandungi isu-isu yang hangat diperkatakan pada masa kini yang membawa kesan negatif dari segi pakaian,tingkah laku dan sebagainya.Hal ini akan menyebabkan seseorang itu mudah terjebak dalam perkara yang negatif seperti vandalism.Justeru akidah seseorang itu juga akan rosak akibat daripada terpengaruh dengan video-video yang viral di media social.Jadi,ibu bapa haruslah memainkan peranan yang penting dalam memantau setiap aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak mereka untuk mengelakkan mereka terpengaruh dengan perkara yang tidak berfaedah.

 

Justeru itu,ia juga akan menyebabkan fitnah semakin berleluasa.Hal ini kerana,perkara-perkara yang viral di media sosial tidak semuanya adalah benar kerana perkara seperti  berikut perlulah diperoleh daripada sumber yang boleh dipercayai untuk mengelakkan fitnah dalam kalangan masyarakat.Pepatah juga ada mengatakan kerana mulut badan binasa,jadi apabila viralnya sesuatu video atau berita ia tidak boleh dipercayai tanpa menyiasat terlebih dahulu perkara yang sebenarnya terjadi.Hal ini juga untuk mengelakkan diri kita daripada berkata buruk tentang seseorang kerana ia boleh mendatangkan fitnah.Jadi sebagai orang islam,kita seharusnya bersangka baik terhadap seseorang dan tidak mudah mempercayai tentang isu-isu viral yang sedang hangat diperkatakan tanpa mendapat bukti yang kukuh dan sumber yang sahih.


CARA MENGATASI

🌸Kematangan rakyat yang menentukan baik,buruk viral di media sosial. Rakyat perlu diingatkan bahawa penyebaran berita melalui media social terutama perkongsian menerusi laman blog,facebook,twitter,instagran atau banyak lagi aplikasi lain dapat memudahkan sesuatu perkara itu menjadi sangat popular dan diketahui dengan pantas oleh semua individu serta diakses penduduk di seluruh dunia. Kita tidak boleh baca niat si penukang viral yang telah berbuat demikan tetapi kita boleh mencari dan meneliti berita ,maklumat ,video graphik sama ada ia tidak betul ,berunsur fitnah atau dakyah propaganda pihak tertentu. Sebagai rakyat berilmu, beragama dan berfikiran terbuka, mereka boleh menghentikan viral berita atau perkara, jika diamati sudah ditokok tambah dengan maklumat tidak betul.Rakyat sendiri yang perlu menghentikan perbuatan menyebarkan perkara yang bermatlamat mengaibkan individu lain,  merosakkan integriti kerana ia adalah virus membawa perpecahan masyarakat pelbagai kaum.Tiada manfaat yang membawa kepada kebaikan dan kesejahteraan rakyat jika ledakan maklumat berunsur fitnah dan hasutan bagi tujuan berbalah sesama sendiri ketika negara sedang berada dalam landasan betul ke arah mencapai Wawasan 2022.Rakyat perlu belajar menjadi individu yang lebih bertanggungjawab, berintegriti serta amanah atau terpaksa menggadai keamanan serta perpaduan sedia ada, hanya kerana berlaku salah faham kepada maklumat atau bahan yang dikongsi sehingga  mengakibatkan pencerobohan hak peribadi seseorang.


        Pada masa sama, pemimpin negara juga perlu mengingatkan rakyat supaya mengelakkan persengketaan antara kaum dan hidup dalam keadaan aman dengan berbuat baik dan saling menghormati sesama masyarakat.Apa yang direbutkan tidak akan ada pengakhiran kerana tiada perkara kekal.Pihak berkuasa perlu bertindak terhadap individu atau pihak yang menyebarkan berita palsu dan fitnah ,hanya akta komunikasi dan multimedia 1998 pihak berkuasa boleh bertindak ke atas individu ataupun pihak yang sengaja menyebarkan berita palsu di media social demi kepentingan peribadi mereka sendiri. Undang-undang perlu deperketatkan lagi dan memberi hukuman yang setimpal dengan perbuatan mereka supaya rakyat tidak sewenang-wenangnya menyebarkan berita palsu dan menabur fitnah terhadap individu yang tidak bersalah. Dengan ini ,ia dapat memberi pengajaran terhadap individu yang viral kan perkara tersebut. Oleh itu, individu yang tidak bersalah dapat membela dirinya daripada terkena kecaman daripada masyarakat yang lain ,yang sudah termakan dengan kata-kata palsu yang dibuat oleh si penyebar fitnah itu.


        Pada masa ini , sudah tidak asing lagi penggunaan gadget terhadap semua individu disemua peringkat usia baik tua atau muda . Dalam pada itu,ibu bapa juga perlu memainkan peranan dengan memantau anak-anak mereka dalam penggunaan gadget mereka.  Hal ini kerana pada zaman maklumat di hujung jari ini maklumat begitu pantas tersebar dan anak-anak bawah umur belum bijak untuk menapis setiap berita yang mereka dapat. Jadi ibubapa perlu bertanggungjawab untuk mendidik anak-anak mereka supaya dapat dapat membezakan di antara berita yang betul dan palsu. Ibubapa perlulah lebih peka dan prihatin terhadap aktiviti anak-anak mereka di ruang media sosial pada setiap hari. Memperhatikan tingkah laku anak-anak juga merupakan peranan penting dalam mendidik anak-anak. Segala tingkah laku anak-anak ibu bapa perlulah mengambil tahu dengan siapa mereka berkawan,dimana mereka pergi,apa yang mereka buat ketika tiada bersama mereka dan sebagainya, kerana peranan ini dapat mengelakkan anak-anak dari terjebat dalam perkara yang membawa kerosakan akhlak dan moral meraka. Keluarga yang mesra dan harmoni akan melahirkan personaliti yang positif,ceria dan sihat.manakala keluarga yang kuncar-kancir, kerapa bergaduh dan berpecah belah menyebabkan suasana menjadi dingin dan kaku. Jika keadaan begini wujud dalam keluarga,ia mempengaruhi perkembangan jiwa anak-anak.


APLIKASI

 🌸Seiring kepesatan teknologi, dan gaya hidup yang semakin maju, minda dan perilaku masyarakat juga berubah. Masyarakat hari ini lebih banyak meluang masa di laman sosial, ditambah pula kecanggihan peranti dan gajet menjadikan mesej mampu disampaikan secara pantas. Viral antara satu fenomena yang semakin mudah tersebar. Dengan hanya memetik satu kekunci, kita berupaya tergolong sebagai penyebar maklumat yang kadang kala diragui kesahihannya.


Aplikasi sosial yang popular seperti Facebook, Twitter, Instagram, WhatsApp adalah medium yang sering digunakan dan mempunyai ramai pengguna berdaftar di Malaysia berbanding beberapa aplikasi lain dalam menggalakkan fenomena ini merebak. Sungguhpun isu viral banyak dilihat dari sudut negatif, namun ada juga sisi positif yang membawa kebaikan. Sebagai masyarakat yang bertanggungjawab kita mestilah bijak dalam menggunakan aplikasi yang canngih ini. Pendapat ini dinyatakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), iaitu Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Beliau berpendapat, amat dangkal jika ada yang mengeluh marah dengan aplikasi media sosial ini atau ingin sewenangnya mencadangkan diharamkan terus penggunaannya.Menurutnya, pelbagai media sosial kini hanyalah alat yang boleh dimanfaatkan untuk kebaikan atau sebaliknya.


Tambahnya, aplikasi media sosial seperti Facebook, WhatsApp, Instragram, Twitter ,Telegram dan TikTok , boleh sahaja digunakan untuk penyebaran ilmu dan dakwah hingga seseorang itu mampu mengumpulkan pahala jariah yang berterusan sehingga hari kiamat walaupun jasadnya sudah mati.Sebaliknya jika aplikasi media sosial hari ini dijadikan alat penyebaran berita-berita tidak benar mahupun maklumat-maklumat berupa fitnah atau ghibah, nescaya kita boleh terjerumus dalam kancah dosa-dosa jariah atau istilah yang digunakan oleh Imam Al-Ghazali sebagai maksiat jariah.


Aplikasi ini juga mempunyai kebaikannya jika digunakan dengan cara yang betul. Antaranya  ialah berita mengenai bantuan dapat disebarkan dengan cepat dan pantas.  Contohnya, dalam melibatkan kes penculikan, ia dapat  membantu pihak polis untuk  mencari maklumat tentang penculikan tersebut dengan cepat. Selain itu, ia juga memberi kesedaran kepada masyarakat terutama ibu bapa. Contohnya kes penderaan yang melibatkan kanak-kanak di tempat asuhan memberi kesedaran kepada orang ramai khususnya ibu bapa supaya lebih peka dengan keadaan anak-anak mereka ketika berada di bawah jagaan pengasuh. Disamping itu juga, viral dapat membantu menangani kes jenayah yang kian berleluasa. Contohnya, video jenayah yang disebarkan dapat dijadikan bahan bukti untuk siasatan pihak berkuasa.


Kesimpulannya, viral mempunyai kebaikan dan keburukan yang tersendiri bergantung kepada isu dan berita yang disebarkan di media sosial kepada seseorang dan masyrakat di Negara kita. Sekiranya perkara ini dipandang remeh oleh masyarakat maka tidak mustahil akan jadinya penyakit budaya viral dan sebagainya sehingga boleh menimbulkan huru-hara di Negara ini.


Oleh itu , sebagai pengguna kita mestilah bijak dalam menggunakan aplikasi yang ada , kita haruslah berfikir sebelum memviral kan sesuatu sama ada ia baik atau buruk untuk diviralkan. Sebagai ibubapa juga , kita mestilah memberikan had penggunaan kepada kanak-kanak terutamanya budak 18 tahun ke bawah , sentiasalah memantau apa yang mereka lihat dan digunakan untuk apa dalam pelbagai aplikasi yang canggih ini.

Antara aplikasi yang ramai digunakan ialah: 


    




KESIMPULAN

 🌸Kesimpulannya isu viral memberi impak yang besar kepada umat islam tidak kira dari sudut individu,masyarakat mahupun negara.Jadi apabila tercetusnya suatu isu yang boleh memberi impak negatif, setiap individu atau sesuatu pihak mestilah bertanggungjawab tehadap berita atau isu yang ingin mereka sebarkan kepada orang ramai.Hal ini kerana dizaman teknologi serba canggih ini, berita atau maklumat mudah tersebar lebih-lebih lagi isu hangat.Pemikiran yang rasional dan waras serta tindakan yang bijak oleh seseorang individu yang menggunakan media social amat perlu dalam hal sebegini.


Isu viral juga mempunyai kebaikan dan keburukan yang tersendiri bergantung kepada isu dan berita yang disebarkan di media sosial kepada seseorang dan masyarakat di Negara kita. Sekiranya perkara ini dipandang remeh oleh masyarakat maka tidak mustahil akan jadinya penyakit budaya viral dan sebagainya sehingga boleh menimbulkan huru-hara di Negara ini.Viral ini berlaku akibat daripada beberapa faktor antaranya ialah individu yang pentingkan diri sendiri,sikap individu yang suka menjatuhkan orang lain, tiada pemantauan pengguna internet dan sebagainya.


Oleh itu terdapat juga cara untuk mengatasi isu viral ini antaranya ialah pihakberkuasa perlu bertidak terhadap idividu atau pihak yang menyebarkan berita palsu dan fitnah supaya dapat memberikan mereka pengajaran yang setimpal atas perbuatan mereka.Selain itu,ibu bpa juga perlu memantau kegiatan anak-anak di media sosial supaya tidak terjebak ke kancah viral dan fitnah.Ibu bapa perlulah lebih peka dan prihatin terhadap aktiviti anak-anak mereka di ruang media sosial pada setiap hariHal ini kerana pada zaman maklumat di hujung jari ini maklumat begitu pantas tersebar dan anak-anak bawah umur belum bijak untuk menapis setiap berita yang mereka dapat.


Jadi ibu bapa perlu bertanggungjawab untuk mendidik anak-anak mereka supaya dapat membezakan di antara berita yang betul dan palsu.Oleh itu,setiap individu atau sesuatu pihak mestilah bertanggungjawab terhadap berita yang 
igin mereka sebarkan kepada orang ramai.Hal ini kerana setiap berita atau maklumat yang mereka sampaikan mudah tersebar di zaman teknologi serba canggih ini.Pemikiran yang rasional dan waras serta tindakan yang bijak oleh seseorang individu yang menggunakan media sosial amat diperlukan dalam hal sebegini.


  TAJUK : SEJAUH MANAKAH ISU VIRAL  MEMBERI KESAN TERHADAP UMAT ISLAM. 😁 DGU2D KUMPULAN 3😁 🌸NAMA AHLI KUMPULAN🌸 1.WAN SYAMIMI BT WAN HAS...