AHLI KUMPULAN
- WAN SYAMIMI BT WAN HASBULALFI
(02DGU21F1016)
- MUHAMMAD AFIQ ZHARFAN BIN SAMLI
(02DGU21F1037)
- NURUL AINA BT FENDY
(O2DGU21F1045)
- HAZIQ LUTFI BIN MOHD ARIF
(02DGU21F1049)
PENGENALAN
★Malaysia ialah sebuah negara berbilang kaum yang hidup dalam keadaan aman dan damai. Tiga kaum yang utama di Malaysia ialah Melayu, Cina dan India.
★Malaysia adalah masyarakat berbilang etnik, pelbagai budaya, dan pelbagai bahasa, dan
banyak kumpulan etnik di Malaysia mengekalkan identiti kebudayaan yang berbeza.
Masyarakat Malaysia telah digambarkan sebagai masyarakat majmuk
★SEBELUM merdeka, Malaysia (ketika itu Tanah Melayu) mempunyai pelbagai budaya.
Demografi Melayu secara tradisi menyaksikan perubahan drastik ketika zaman penjajahan
Inggeris, ketika
ratusan ribu pekerja imigran Cina dan India dibawa masuk.
★ Mereka membawa masuk budaya dan agama yang begitu asing. Orang Cina tertumpu di
sektor perlombongan bijih timah, sementara orang India bekerja di ladang getah. Orang
Cina pada umumnya penganut Buddha dan Taoisme, sementara majoriti kaum India
penganut Hindu.
KEPELBAGAIAN BUDAYA MASYARAKAT MALAYSIA
💚 Pemakaian Malaysia bagi kaum Melayu ialah baju kurung dan baju melayu. Baju kurung
ialah sejenis baju longgar yang labuh dipadankan dengan kain panjang yang berlipat tepi
. Baju melayu pula merupakan kemeja longgar yang dipakai dengan seluar panjang. Pakaian
cina pula ialah cheongsam bagi perempun dan samfu bagi lelaki. Cheongsam mempunyai
leher yang tinggi, butannya di bahu, bentuk yang sendat di pinggang dan belahan di kiri dan
kanan kain. Samfu pula merupakan pakaian tradisional bagi kaum lelaki, mempunyai baju
dan seluar diperbuat daripada kain yang nipis. Pemakaian bagi kaum india pula ialah sari
iaitu dipakai oleh perempuan manakala kurta dipakai oleh lelaki. Sari ialah sebidang kain
dipadankan dengan kain dalam yang berwarna seakan-akan kain sari tersebut dan dililit
pada badan. Kurta pula ialah kemeja panjang yang sampai ke lutut dan lazimnya diperbuat
daripasa kain kapas atau linen


Malaysia merangkumi muzik tradisional dan kontemporari yang dimainkan oleh rakyat
Malaysia. Muzik tradisional banyak dipengaruhi oleh budaya Cina, Islam, India dan
Indonesia. Kebanyakan alat muzik orang melayu terdiri daripada gendang, seruling, gong
dan sebagainya. Alat muzik cina pula ialah pipa, guzheng dan yangin. Alat muzik india pula
ialah tabla, nadaswaram, pullangulal dan veenai. Negara ini mempunyai tradisi yang kuat
dalam tarian, sesetengahnya berasal daripada Thai, India, dan Portugis. Selain itu, ada juga
wayang kulit, silat, dan barangan kraf seperti batik, sulaman, dan barangan perak dan
tembaga.
💚Pemainan Malaysia bagi kaum melayu ialah Congkak, sepak takraw, wau dangasing. Pemainan bagi kaum cina pula ialah go, xianggi(catur cina), yo-yo cina. Permainan bagi kaum india ialah kabadi dan chaturangga.
KEPENTINGAN KEBUDAYAAN
1.Melambangkan identiti sebuah negara:
Contohnya amalan budaya tradisional kita melambangkan sifat majmuk masyarakat kita.
Misalnya,keunikan pakaian tradisional pelbagai, kaum yang pelbagai bentuk potongn
dan cara pemakaian yang berwarna-warni.
2.Memupuk perpaduan negara:
Contohnya rakyat majmuk kita kaya dengan nilai tradisional yang murni. Misalnya,
kunjung-mengunjungi dan mengadakan rumah terbuka pada hari kebesaran. Rakyat kita
tidak kira
keturunan, agama dan amalan adat resam turut merayakan bersama-sama.
3.Menarik minat pelancong luar:
Contohnya, salah satu tarikan pelncong ialah keunikan budaya tradisional kita,
misalnya persembahan teater tradisional seperti bangsawan dan makyung dan tarian
seperti kuda kepang dan gawai. Banyk pelancong mengunjungi malaysia kerana ingin
mendekati corak hidup dan kebudayaan kita.
4.Mengekalkan kesinambungan tamadun:
Contohnya melalui budaya tradisional, kita mengetahui asal usul kita dengan ini kita
tidak lupa daratan, sebaliknya kita akan sedar tentang kesulitan hidup nenek moyang
kita
dan dari sini kita akan mendapat iktibar.
PERPADUAN MASYARAKAT MALAYSIA
KEPENTINGAN PERPADUAN
1.dapat mewujudkan masyarakat yang harmoni.
2. dapat meningkatkan imej negara.
3. dapat memajukan ekonomi negara dan seterusnya ekonomi
Malaysia pasti bertambah mantap
4. dapat menarik kedatangan pelancong ke Malaysia.
5. Membentuk masyarakat yang saling menghormati tanpa
mengira status, agama atau bangsa.
6. Memupuk semangat patriotisme atau cinta akan negara.
TUJUAN PERPADUAN
-mewujudkan masyarakat yang bermoral & beretika.
-memupuk &membina masyarakat demokratik yang matang.
-masyarakat yang berbudaya penyayang.
-mewujudkan msyarakat yang matang, liberal &
bertoleransi.
-memupuk & membina masyarakat makmur.
KESIMPULAN
Perpaduan amat penting dalam hidup bermasyarakat untuk memastikan kemakmuran negara terjamin terutamanya seperti negara Malaysia yang hidup dalam pelbagai jenis kaum.
RUJUKAN
Buku dan internet